Adakah anda masih keliru sama ada ingin membeli laptop atau desktop/PC? Jangan risau, artikel ini akan membantu anda untuk membuat keputusan sama ada anda perlu membeli laptop ataupun desktop.
Kedua-dua laptop atau desktop/PC ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilihan sama ada laptop atau desktop sebenarnya sangat bergantung kepada keperluan anda sebagai pengguna.
Secara umumnya, laptop lebih sesuai kepada pengguna yang ingin melakukan tugasan dimana-mana sahaja tanpa batasan manakala desktop pula sesuai bagi mereka yang pentingkan power atau prestasi kamputer.
Perbandingan secara menyeluruh laptop dan desktop adalah seperti dibawah:
1. Mudah Alih
Bagi mereka yang mementingkan portability atau kemudahalihan, laptop adalah pilihan anda. Rekaan laptop yang bersaiz kecil dan didatangkan dengan bateri membuatkan laptop boleh dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Oleh itu, ia sesuai bagi mereka yang perlu membawa laptop dan membuat tugasan dimana-mana sahaja.
Bagi desktop pula, sangat sukar bagi anda untuk memindahkan atau menggunakannya ditempat lain kerana ia sangat bergantung kepada bekalan kuasa elektrik selain saiznya yang besar dan berat. Ia sesuai bagi mereka yang membuat tugasan disatu tempat sahaja seperti dirumah mahupun pejabat.
2. Harga
Harga laptop adalah jauh lebih mahal berbanding desktop. Terdapat pelbagai pilihan harga untuk desktop dan anda boleh mendapatkan desktop (komputer + skrin) hanya serendah RM1500 tetapi dengan sistem yang cukup berkuasa.
Berlawanan pula dengan laptop, dengan harga sekitar RM1500, anda hanya akan dapat sebuah laptop dengan spesifikasi asas sahaja.
3. Penggunaan Kuasa Elektrik
Penggunaan kuasa elektrik bagi sesebuah laptop jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan desktop. Oleh itu, anda juga harus mengambil kira penggunaan kuasa elektrik sebelum membuat pilihan.
Desktop memerlukan jumlah tenaga elektrik yang tinggi kerana terdapat banyak komponen-komponen didalam komputer dan juga skrin. Selain itu, kestabilan bekalan kuasa elektrik juga penting kerana sekiranya bekalan kuasa tidak stabil, segala tugasan yang sedang anda lakukan yang tidak disimpan boleh hilang. Oleh itu, anda perlukan satu unit power supply/pembekal kuasa agar dapat menstabilkan bekalan kuasa yang diterima desktop semasa penggunaanya.
Saiz komponen-komponen didalam laptop yang kecil membuatkannya tidak memerlukan sumber tenaga yang tinggi semasa beroperasi. Selain itu, laptop juga mempunyai bateri yang akan berfungsi serta merta jika terdapat gangguan bekalan elektrik.
Jumlah penggunaan tenaga oleh laptop atau desktop/PC ini memberi kesan kepada bil bulanan elektri anda.
4. Naik Taraf/Upgrade
Anda tidak perlu membeli desktop baharu jika inginkan prestasi desktop yang lebih baik. Kebanyakkan komponen-komponen didalam desktop senang untuk ditanggalkan, ini membuatkannya boleh dinaik taraf kepada komponen-komponen yang lebih baik.
Sebaliknya pula pada laptop dimana hanya memori (RAM) dan stor simpanan (HDD/SSD) yang boleh dinaik taraf. Kedua-dua komponen ini tidak begitu memberi kesan kepada prestasi laptop. Jika anda perlu membeli laptop baru jika inginkan prestasi yang lebih tinggi.
5. Saiz Skrin
Saiz skrin bagi dekstop hampir tiada batasan. Ia bergantung kepada kemahuan dan kemampuan anda. Anda juga boleh menjadikan TV anda yang berukuran 40inci sebagai skrin jika anda mahukan.
Bagi laptop pula, saiz skrin adalah terhad kepada panawaran oleh pengeluar. Kebiasaannya ia diantara 10 hingga 17inci. Namun anda juga boleh menyambungkan ke paparan atau skrin luar mahupun projektor.
Pemilihan saiz skrin bagi laptop atau desktop/pc bergantung kepada keperluan dan kemahuan anda.
6. Papan Kekunci/Keyboard
Papan kekunci juga tersenarai didalam perbandingan untuk membeli laptop atau desktop/PC. Oleh kerana tiada halangan pada saiz, papan kekunci untuk desktop lebih lengkap dan bersaiz penuh termasuk pad untuk nombor.
Bagi laptop pula, saiz papan kekunci bergantung kepada saiz skrin laptop. Jika saiz skrin kecil, maka ruangan untuk papan kekunci menjadi terhad dan saiznya terpaksa dikecilkan. Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk menaip jika saiz papan kekunci terlalu kecil.
7. Pemasangan
Bagi laptop, anda tidak memerlukan apa-apa kerja pemasangan. Ianya hanya perlu plug and play.
Namun sebaliknya bagi desktop, setiap komponen perlu dipasang sendiri. Sangat menyulitkan jika anda tiada pengalaman memasang komponen desktop. Namun, anda juga mempunyai pilihan untuk membeli desktop yang sudah siap dipasang.
8. Processor
Processor bagi desktop lebih berkuasa dan tahan lebih lama jika dibandingkan dengan laptop. Anda juga boleh menaik taraf processor bagi desktop namun tidak bagi laptop.
9. Baik Pulih/Baiki
Kos membaik pulih desktop jauh lebih murah berbanding laptop. Setiap komponen didalam desktop ada dijual dikebanyakkan kedai komputer dengan harga berpatutan. Berbeza pula dengan laptop yang memerlukan penghantaran ke pusat servis yang selalunya mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Senarai diatas adalah perbandingan kelemahan dan kelebihan laptop dan desktop dalam beberapa aspek utama untuk rujukan anda dalam membuat pilihan laptop atau desktop/PC.
rujukan : https://motolaju.com/teknologi/laptop-atau-desktop-pc-mana-lebih-baik/
Leave a comment